Diriwayatkan seorang
raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian
raja itu mengundang rakyatnya untuk berpestaria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu,
penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota
yang dibangunnya itu.Hampir seluruh
orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya.Tetapi ada sebahagian pengunjung yang
menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja,
mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.
"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.
"Kota
itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya
raja, "Apakah ada kota yang
tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"
"Ada. Bangunan yang
tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka.
"Segera katakan apakah itu." Desak raja.
"Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.
Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu,
sang raja menjadi tertarik dan merinduinya.
Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang
sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah,
raja itu pun ikhlas mengikutinya.
Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang
taat dan beribadah kepada Allah.











No comments:
Post a Comment